Thursday, March 24, 2011

Renung-renungkan

“Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di NERAKA,”jelas seorang manusia
yang mempertikaikan hukum aurat dan mencabar ALLAH SWT
by Zameer Fisabilillah 

Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di
BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup
menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan
permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua?
Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan
bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku
berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh
badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang
tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu
BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama
dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah
mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata
kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan
terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang
yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda
berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah
di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah
ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang
berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

KISAH YANG DIPAPARKAN UNTUK PENGAJARAN KITA DALAM HIDUP SEHARIAN YANG SENTIASA LEKA DARI MENGINGATI ALLAH...JAUHKAN DARI SEGALA KERAGUAN...
APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN PASTI ADA HIKMAHNYA...

No comments:

Post a Comment

up to ur comments:)